Riwayat-riwayat yang dinukil orang dari Imam Syafie dalam masalah ini lebih banyak dan lebih bagus dan pengikutnya lebih banyak yang melaksanakan pesannya dan lebih beruntung. Beliau berpesan antara lain. “Setiap orang mesti bermazhab kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan mengikutinya. Walau apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang pernah aku katakan itu berasal dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi ternyata ia berlawanan dengan pendapatku, apa yang disabdakan oleh Rasulullah itulah yang menjadi pendapatku” 1 “Seluruh kaum muslim telah sepakat bahawa orang yang secara jelas telah mengetahui suatu Hadis dari Rasulullah tidak halal mengikuti pendapat orang lain dan meninggalkan hadis tersebut.” 2 “Bila kalian terbaca dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan Hadis Rasulullah, peganglah Hadis Rasulullah itu dan tinggalkan pendapatku itu” 3 “Bila suatu Hadis sahih, itulah mazhabku” 4 “Kalian lebih tahu tentang Hadis dan para rawinya daripada aku. Apabila suatu Hadis itu sahih, beritahukanlah kepadaku biar di mana pun orangnya, apakah di Kuffah, Bashrah, atau Syam, sampai aku pergi menemuinya” 5 “Bila suatu masalah ada Hadisnya yang sah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menurut kalangan ahli Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah aku mati” 6 “Bila kalian mengetahui aku mengatakan suatu pendapat yang ternyata menyalahi Hadis Nabi yang sahih, ketahuilah bahawa hal itu bererti pendapatku tidak berguna” 7 “Setiap perkataanku bila berlainan dengan riwayat yang sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Hadis Nabi lebih utama dan kalian jangan bertaqlid kepadaku” 8 “Setiap Hadis yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, berarti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri dari aku” 9 “Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataan itu dianggap) betul, maka hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid kepada qaulku (kata-kataku)” 10
Disalin dari Mukadimah Shifatu Shalati An-Nabiyyi Shallallahu ‘alaihi wa sallama min At-takbiri ilaa At-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa edisi Indonesia Sifat Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ————————————————————————
Footnote: Diriwayatkan oleh Hakim dengan sanad bersambung kepada Imam Syafie seperti tersebut dalam kitab Tarikh Damsyiq, karya Ibnu ‘Asakir XV/1/3, I’lam Al-Muwaqqi’in (II/363-364), Al-Iqazh hal.100 Diriwayatkan oleh Ibnul Qayyim (II/361), dan Al-Filani hal. 68 Diriwayatkan oleh Harawi dalam kitab Dzamm Al-Kalam (III/47/1), Al-Khathib dalam Ihtijaj Bi Asy-Syafie (VIII/2), Ibnu Asakir (XV/9/1), Nawawi dalam Al-Majmuk (I/63), Ibnul Qayyim (II/361), Al-Filani hal. 100 dan riwayat lain oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (IX/107) dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya (III/284, Al-Ihsan) dengan sanad yang sahih dari beliau, riwayat semakna. Diriwayatkan oleh Nawawi, dalam Al-Majmuk, Sya’rani (I/57) dan ia nisbatkan kepada Hakim dan Baihaqi, Filani hal. 107. Sya’rani berkata: ” Ibnu Hazm menyatakan Hadis ini sahih menurut penilaiannya dan penilaian imam-imam yang lain”. Ucapan ini ditujukan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Adabu Asy-Syafie hal. 94-95, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (IX/106), Al-Kahtib dalam Al-Ihtijaj (VIII/1), diriwayatkan pula oleh Ibnu ‘Asakir dari beliau (XV/9/1), Ibnu ‘Abdil Barr dalam Intiqa hal. 75, Ibnu Jauzi dalam Manaqib Imam Ahmad hal. 499, Al-Harawi (II/47/2) dengan tiga sanad, dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, dari bapaknya, bahawa Imam Syafie pernah berkata kepadanya: “….. Hal ini sahih dari beliau. Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menegaskan penisbatannya kepada Imam Ahmad dalam Al-I’lam (II/325) dan Filani dalam Al-Iqazh hal. 152″. Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (IX/107), Al-Harawi (47/1), Ibnu Qayyim dalam Al-I’lam (II/363) dan Al-Filani hal. 104 Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam Adabu Asy-Syafie hal. 93, Abul Qasim Samarqandi dalam Al-Amali seperti pada Al-Muntaqa, karya Abu Hafs Al-Muaddib (I/234), Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (IX/106), dan Ibnu Asakir (15/101) dengan sanad sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim hal 93, Abu Nu’aim dan Ibnu ‘Asakir (15/9/2) dengan sanad sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, hal. 93-94 Diriwayatkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Iq’laamulmauqiiin
|