Catatan hal-hal menarik dalam hidup

Blog Popular

29 Februari, 2012

Perenungan untukku

By on 02.24

Ilmu, Amal dan Ikhlas

Tuntutlah ilmu sehingga negeri China, dari dalam buaian sehingga ke liang lahat. Ayat Al-Quran pertama yang diturunkan Allah ke umatnya melalui Rasulullah juga meminta kita mencari ILMU dengan cara membaca
Setelah kita ada ilmu apa pula hak ilmu itu??? Hak ilmu adalah AMAL. Amal tanpa ilmu menyesatkan, Ilmu tanpa amal merusakkan. Sheikh Qadir Jailani dalam bukunya mengatakan manusia tanpa ilmu itu sekali bodoh tapi manusia dengan ilmu tapi tak mengamalkan itu 7 kali bodoh.

Apa pulak hak AMAL itu?? Hak amal itu IKHLAS… amalan yang tidak ikhlas hanya sia-sia. Ikhlas ini ibarat semut hitam di atas baru hitam di malam yang gelap gelita. Apabila semut bergerak Allah pasti tau walaupun manusia tidak tahu..
Nasihat untuk aku sendiri kejarlah ilmu, amalkan dan buatlah seikhlas-ikhlasnya..kerana Allah SWT.

Followers